='description'/>

Saturday 22 February 2014

Air Barli sebagai penyejuk badan

Teks: Suhaila Rahim
Foto: Carian Google
Bismillah.. Dikala musim panas begini, antara minuman kegemaran saya ialah Air Barli. Biasanya saya lebih suka menyediakan Air Barli di rumah kerana ia sangat mudah disediakan dan sangat menjimatkan. Dengan sebungkus kecil Barli yang boleh dibeli dengan harga 60 sen, air barli boleh dimasak sehingga dua ke tiga periuk bergantung kepada kepekatan barli yang diinginkan. Barli cuma perlu direbus dengan air dan sebagai tambahan, saya suka mencampurkan daun pandan dan sedikit gula kundur untuk  memberi sedikit rasa manis. Selepas barli kembang dan rebusan menggelegak, boleh ditutup api dapur dan air barli perlu dibiarkan sejuk. Saya lebih suka minum air barli yang agak suam kerana ia memberi lebih kepuasan.  Barli juga boleh diminum tanpa tambahan gula atau apa-apa manisan, cara ini sangat baik bagi pesakit kencing manis. Bagi yang inginkan kelainan, air barli juga boleh ditambah dengan sirap, atau dengan perahan limau atau boleh juga ditambah dengan ais batu.

Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan bahan pembinaaan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan.

Barli dikatakan sangat bagus untuk menyejukkan badan, melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang. Barli juga boleh meredakan sembelit dan boleh mengurangkan risiko kencing manis.

Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.


Barli (Sya'ir) merupakan salah satu makanan sunnah Baginda Nabi Muhammad S.A.W dimana Baginda pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.

---------------------------

Iklan Produk Anda di Rangkaian Akademi Bekerja dari Rumah (ABDR)

Blog Ruang Iklan

Untuk pengetahuan pembaca rangkaian blog kami sudah mencecah sehingga 400 blog.  Bilangannya makin bertambah setiap hari. Blog-blog ini akan menjadi platform bagi mempromosikan produk anda. Jadi iklan kalian akan mendapat promosi dari rangkaian kami selagi anda masih ingin teruskan dengan pengiklanan selepas tamat tempoh.

Iklan akan dipamerkan di dalam ruangan iklan di 
http://sohodirectory.blogspot.com/ 

Terdapat beberapa pilihan pakej iklan yang ditawarkan.  Bagi yang baru mula bisnes, boleh ambil pakej yang paling murah sebagai permulaan. Peluang ini dibuka kepada semua usahawan online dan juga offline.


Tempah ruang iklan sekarang!. Hubungi saya di:

Facebook Rafisuhaila Rahim 
Tel: 013 684 4409


No comments:

Post a Comment